Alhamdulliah... syukur pada ilahi kerana misi untuk pelajar-pelajar Fakulti Ekonomi & Muamalat ke Perth tercapai jugak akhirnya.. ini beerti perjuangan saya bersama L.A sampai di sini sahaja..
Blog ini akan di serahkan kepada peserta Lawatan Antarabangsa pada sesi akan datang..
Sekian dulu dari saya.. wassalam

Tarikh:30– 31 MEI 2009

Tempat: Kampus Tetap Universiti Sains Islam Malaysia

Kem ini menawarkan dua jenis kategori:

Kategori A

5-8 Tahun : RM 50

Kategori B

9-12 Tahun : RM 80

ü Anak-anak kakitangan USIM diberikan diskaun 10%

ü Harga istimewa bagi 30 penyertaan terawal

ü Sijil penyertaan disediakan bagi setiap peserta

Antara objektif program ini ialah:

  • Melahirkan anak-anak yang kukuh dalam asas-asas fardhu ain terutamanya solat lima waktu.
  • Memperbaiki bacaan anak-anak dalam solat mahupun dalam doa-doa harian.
  • Membantu anak-anak dalam memperbaiki bacaan iqra dan Al-Quran.
  • Menangani kelemahan anak-anak dalam perkara fardhu ain.

Tentatif program

Hari Pertama - SABTU (30 MEI 2009)

8.30 pagi : Ketibaan ibu bapa dan peserta

: Pendaftaran peserta

9.00 pagi : Perasmian program

: Pembahagian Kumpulan

: Smart Solat bersama Ustaz

Penceramah : Ustaz Azman bin Mohd,Imam Masjid Jamek Dato’ Klana Petra

12.30 t/hari : Solat dan makan tengah hari

2.30 petang : Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

- Praktikal Solat

5.30 petang : Minum petang

: Bersurai

Hari Kedua - AHAD (31 MEI 2009)

8.30 pagi : Ketibaan ibu bapa dan peserta

9.00 pagi : Mari mengaji

Penceramah : Ustaz Anuar bin Hasi,Pensyarah FPQS USIM( Johan Akademi Al-Quran 2)

12.30 t/hari : Solat dan makan tengah hari

2.30 petang : Sukaneka berasaskan modul

5.30 petang : Minum Petang

: Penutup

: Bersurai

· Ibu bapa perlu menghantar anak-anak sendiri ke kampus tetap USIM

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

DILA : 013-3574472

FAKHRUDIN : 013-2186042


Tempat : kampus Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai.
Tarikh : 6 Jun 2009

Kelebihan menyertai kursus ini adalah:

- Peserta akan di beri tunjuk ajar oleh pakar dalam bidang berkenaan.
- Peserta yang berminat akan di bimbing sehingga hasil projek dipasarkan.
- Peserta akan di beri JAMINAN PASARAN bagi hasil yang dikeluarkan.
- Sijil Kursus merupakan dokumensokongan utama untuk memohon pembiayaan dari AGRO BANK MALAYSIA.
- Rakan Niaga TEKUN


Yuran Penyertaan :RM 280.00 seorang

Termasuk makan minum ,bahan kursus dan sijil


Keterangan Lanjut Sila Hubungi :

Fakhrul : 013-2186042
Hafizah : 013-3538563


Pada 20 Mei 2009 yang lalu, Jawatankuasa Lawatan Antarabangsa FEM telah menganjurkan Program "SMART Learning UPSR". Program ini telah disertai seramai 182 pelajar-pelajar dari SK Serting 3 dan SK Serting Felda. Tujuan Program ini diadakan bertujuan untuk menaikkan semangat para pelajar untuk menempuhi UPSR pada tahun ini.

Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Dekan Fakulti Ekonomi & Muamalat USIM, Puan Kasumalinda Alwi. Antara pengisian dalam dalam program ini ialah ceramah motivasi, latihan dalam kumpulan dan lawatan sekitar USIM.

Semoga pogram ini dapat memberi impak yang positif kepada peserta agar memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam UPSR.







Pada 5,6, dan 7 Mei 2009,kebebasan selepas peperiksaan akhir diambil oleh kami dengan menganjurkan lawatan ke Singapura. Sememangnya satu destinasi yang begitu menarik untuk dilawati. Namun, fokus yang terlalu tinggi kepada peperiksaan menyebabkan pihak AJK kurang mengadakan promosi dengan meluas. Ini menyebabkan lawatan ini hanya disertai oleh 15 orang yang terdiri daripada peserta dan AJK.

Perjalanan ke Singapura adalah dengan menaiki keretapi di Stesyen Keretapi Seremban pada malam 5 mei. Peserta menghabiskan masa semalaman di dalam keretapi untuk sampai ke Singapura. Semua peserta sampai di Tanjung Pagar, Singapura pada jam 8.10 Pagi.

Peserta sungguh terpegun melihat keadaan Singapura yang begitu unik,indah dan bersih.
Destinasi pertama mereka ialah Sentosa Island. Disitulah semua peserta menikmati jamuan pagi dan mandi untuk persiapan diri.

Selesai breakfast dan mandi, semua peserta bertolak ke destinasi seterusnya iaitu ke Imbiah. disini terdapat banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati. Butterfly Park & Insect Kingdom ialah satu daripada 7 tempat menarik di Imbiah. Disini terdapat kira-kira 1500 jenis rama-rama yang terdiri daripada melebihi 50 spesis. Disini juga terdapat kira-kira 3000 jenis serangga yang paling cantik dan sukar ditemui di merata dunia. Peluang ini digunakan oleh para peserta dengan mengambil gambar di situ.

Peserta seterusnya menikmati keindahan di Singapura dengan menaiki cable car.
Tanpa melengahkan masa, para peserta seterusnya ke destinasi yang dipanggil Sentosa Luge n Skyride. Disini para pengunjung boleh menaiki and menunggang sendiri sejenis kenderaan yang digelar "luge" dengan bayaran yang agak berpatutan. Daripada pengetahuan penulis, luge merupakan satu kenderaan unik yang pertama di Asia Tenggara yang menggabungkan pergerakan dari 'go Kart" dan "toboggan".


Selepas itu, destinasi seterusnya ialah Tiger Sky Tower. Tiger Sky Tower merupakan menara yang boleh melihat pemandangan Singapura yang tertinggi di Singapura. Para peserta dapat melihat pemandangan panoramik yang indah lagi menyegarkan. Peserta menghabiskan masa di semua tempat menarik ini sehingga jam 1.30 petang. Para peserta berkumpul untuk bertolak untuk menuju ke destinasi yang lebih menarik.

Destinasi sterusnya ialah Bugis Street dengan menaiki Mass Rapid Transit(MRT). Disinilah peluang diambil oleh para peserta untuk membeli belah untuk dibawa pulang ke Malaysia.
Para pserta juga tidak ketinggalan untuk mengunjungi Arab Street. Kira-kira 10 malam, para peserta bertolak meniki keretapi untuk balik ke Malaysia

Nur Hafizah, 2o yang merupakan salah seorang peserta lawatan itu berkata "kesuntukan masa menyebabkan kami tak sempat melawat banyak tempat dan membeli belah!". Beliau berharap agar suatu hari nanti dapat pergi sekali untuk menikmati kepuasan melancong ke Singapura.








Pertanian merupakan salah satu cabang ekonomi utama Negara. Melalui pertanian ini, biro protokol telah mengadakan suatu progam bagi mengutip dana dengan mengambil upah mengisi tanak ke dalam polybag. Program ini juga dijalankan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai kaedah pertanian yang dijalankan di Pusat Pembangunan komoditi Sendayan.

Peserta perlu menyiapkan 20000 unit polybag dalam tempoh yang diberikan. Mohd Ridhuan Shaari, 21 yang merupakan peserta program itu berkata ”walaupun mengisi tanah ini amat memenatkan, tetapi saya dapat menimba pengalaman mengenai teknik-teknik dalam pertanian”.

Cuaca panas yang terik, kadang kalanya hujan terpaksa ditempuhi oleh semua peserta bagi menyiapkan 20000 unit polybag tersebut. Penasihat Lawatan Antarabangsa iaitu Cik Nurulhuda dan Encik Asharaf juga turut meluangkan masa bersama para peserta.

Pengarah program, Athira Ayuni Asmadi. 21 berharap agar para peserta dapat belajar mengenai selok belok daripada program tersebut. Hanya kira-kira 2000 polybag sahaja yang dapat di siapkan dalam tempoh sehari. Ini kerana para peserta tidak biasa dengan kerja tersebut serta terpaksa menempuh panas terik dan hujan lebat.

Terima kasih diucapkan kepada pihak pengursan Pusat Pembangunan Komoditi Sendayan kerana banyak memberi kerjasama dalam menjayakan program ini.

Minggu musliamah anggun merupakan satu program bagi mendedahkan mahasiswi USIM khususnya kepada dunia wanita yang sebenarnya dengan pelbagai aktiviti yang telah disediakan. Antara objektif minggu muslimah anggun ialah:
1) Melahirkan Mahasiswa/i USIM yang berketrampilan dinamik dari setiap sudut dan berkualiti tinggi.
2) Memberi pendedahan kepada mahasiswa/i tentang cabaran-cabaran yang perlu dilalui sebagai
3) Mengeratkan hubungan silaturahim antara mahasiswi USIM

Bengkel menternak ketam ini adalah anjuran Jawatankuasa Lawatan Antarabangsa FEM dengan kerjasama Sama Aquaculture Sdn. Bhd.

Smart Learning UPSR merupakan salah satu program lawatan antarabangsa bagi memperoleh dana. Pada 28 Mac 2009 lalu, satu program "Smart learning UPSR 2009" diadakan untuk sekolah Kebangsaan seksyen 7, Bandar Baru Bangi yang terdiri daripada 380 pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Turut hadir pada program tersebut ialah Guru Besar sekolah berkenaan dan 10 orang guru.

Antara objektif program ini ialah:-
1)Memberi Kesedaran dan kenyakinan diri pelajar dalam membentuk sahsiah diri dan kemahiran insaniah yang unggul untuk menghadapi UPSR.

2)Menerokai peluang dari segi berkongsi pengetahuan, progam kecemerlangan akademik serta teknologi kajian ilmiah dan pembangunan fizikal.

3)Memperkenalkan USIM kepada masyarakat luar serta menjalinkan hubungan kerjasama di antara mahasiswa USIM dengan pelajar- pelajar dan pihak sekolah.

Majlis dimulakan dengan perasmian oleh Y. Bhg. Prof. Dr. Hajah Mustafa Bin Mohd Hanefah, Dekan Fakulti ekonomi Dan Muamalat. Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Y. Bhg. Prof kerana sudi meluang masa merasmikan program ini.
Selesainya perasmian, program diteruskan dengan ceramah motivasi yang bertajuk "Formula menjadi pelajar cemerlang" Oleh En. Mohd Adli Ridwan Shah bin Mohd Dali iaitu salah seorang Pensyarah FEM yang begitu aktif dalam memberi motivasi.
Pada sebelah petangnya, prgram dirancakkan lagi dengan latihan dalam kumpulan(LDK) dan Explore Race mengelilingi kampus USIM.

Program diakhiri dengan pemyampaian hadiah dan sijil kepada wakil sekolah.
Saudari Hazwani,21 yang merupakan Pengarah program ini berkata:" Saya berbuas hati dengan program tersebut, kerjasama yang diberikan oleh AJK sangant baik. seterusnya memberikan pengalaman kepada semua yang terlibat. saya berharap agar prgram ini memberi manfaat kepada semua. terima kasih kepada semua yang telibat secara langsung dan tidak langsung."



Assalamualaikum kepada semua, khusunya kepada AJK LA 2009...


Saya rasa terpanggil pada kali ini untuk menulis dalam kolum blog kita ini. Saya berharap selepas ini semakin ramai yang mengikuti blog kita ini, khususnya kepada warga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).


Seperti yang semua tahu, kita sudah masuk ke pertengahan semester ke-4 atau semester kedua dalam tahun ke-2 pengajian kita di sini. Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada AJK LA 2009 sekalian kerana masih cekal dan tabah menghadapi dugaan hingga ke saat ini. Semua ini adalah kudrat anda dan tiada kudrat lain melainkan ia keluar daripada tubuh anda sendiri. Segala penat lelah, keletihan tubuh dan kepenatan mental untuk meneruskan perjuangan ini hanyalah Allah s.w.t sahaja yang tahu dan DIA lah selayaknya membalas segala jasa kita.


Mungkin ada di antara kita merasa beban ini semakin lama semakin berat, tetapi ketahuilah wahai teman ku, hasil usaha kita ini mungkin tidak di bayar dalam masa yang singkat tetapi pada masa yang kita sendiri pun tidak tahu tibanya. Penyakit putus asa dan merasa bebanan adalah satu lumrah biasa apabila hendak melaksanakan sesuatu program, bahkan sesetengah cendekiawan ISLAM menyatakan bahawa ini adalah sebagai pengorbanan kita di jalan-Nya. Sirah telah membuktikan kepada kita bahawa para sahabah r.anhum pernah merasakan penyakit putus asa ini apabila berada di zon Makkah Al-Mukarramah. Diseksa dan dicemuh malah diboikot oleh semua Arab Quraisy ketika itu. Namun, atas motivasi dan nasihat junjungan besar kita, Nabi Muhamad s.a.w telah membaik pulih jiwa mereka untuk meneruskan perjuangan hingga ke titisan darah yang terakhir. Hasilnya, anda dan juga saya telah merasai nikmat ISLAM dan IMAN hingga ke hari ini.


Sejarah barat juga telah membuktikan kepada kita bahawa Alexander Graham Bell, orang pertama menemui telefon, telah mencuba hampir 100 kali atau lebih untuk menghasilkan telefonnya. Tetapi kita lihat hasilnya, sehingga ke hari ini teknologi yang di bawa oleh beliau di guna pakai hingga ke hari ini, ke saat ini dengan pelbagai perubahan dan penstrukturan semula fungsi yang di bawa oleh beliau. Semua ini adalah kerana sikap beliau yang tidak mudah berputus asa dengan keputusan yang di capainya sebelum ini.


Ya, kita merasakan masa semakin suntuk, dan masa untuk berlepas hampir tiba serta masa untuk di bahagikan dengan pelajaran sudah tidak konsisten... Ya, saya juga mengalaminya. Tetapi adakah kita, juga saya, pernah mengambil sedikit masa untuk tunduk kepada-Nya, atau lebih tepat lagi mengadu dan berdoa kepada-Nya??? Kurang kan...? Kita lebih memperuntukkan masa untuk belajar hingga larut malam dan belajar di perpustakaan untuk memperolehi maklumat dan kita lupa untuk ambil masa sebentar merenung diri kita ini yang sangat kerdil ini... ???


Saya bukan ustaz bahkan bukan juga ulama', tetapi hanya seorang teman yang selalu memikirkan bagaimana rakan-rakannya yang lain... Hanya seorang teman yang mahu menasihati dan dinasihati... Hanya seorang teman yang mahu rakan-rakannya gembira dengan apa yang ada, bukan terasa beban dengan apa yang belum kita perolehi... Hanya seorang teman yang mahu rakan-rakannya merasa seronok apabila bersama melaksanakan aktivit dan bukan dengan wajah masam dan bermuram durja ketika bersama... Saya hanya mahu anda semu terus tersenyum dan meneruskan senyuman itu hingga ke akhirnya... Tiada yang lebih daripada itu...
Ingatlah wahai saudaraku sekalian, kenikmatan bukan boleh dicapai dalam sehari, bahkan bukan jua sesaat...tetapi ia memerlukan masa dan pengorbanan yang tinggi untuk mencapainya... Teruskan Perjuangan!!!



Wa'ALLAHuta'alam, baik daripada ALLAH dan lemah itu datang daripada saya...

-Mohd Nor Adzim B. Shaari-

Ketua Penolong Pengarah

Misi Lawatan Antarabangsa 2009

Pada pilihanraya kali ini, melihatkan 2 orang calon Fakulti Ekonomi Dan Muamalat terdiri daripada ahli jawatankuasa lawatan antarabangsa 2009 iaitu:-

1) SYARIFAH NUR AIMAN AMIRAH BINTI SAYED SAHABUDIN
2)NUR MASHLIHAH BINTI HALIMANSYAH
Ucapan tahniah di ucapkan kepada Syarifah Nur Aiman kerana memenangi salah satu kerusi FEM pada kali ini...
Keputusan Penuh Pemilihan MPP bagai Fakulti Ekonomi & Muamalat:
1) MUHAMAD SAFUAN BIN RAHMAD- 656 undi
2) SYARIFAH NUR AIMAN AMIRAH BINTI SAYED SAHABUDIN-485 UNDI
Statistik bagi Fakulti Ekonomi Dan Muamalat:
Jumlah pelajar: 739 orang
Jumlah hadir: 713 orang
Jumlah tidak hadir: 26 orang
Peratus Kehadiran: 96.48 %







Pada 13hb Januari lalu, Universiti Sains Islam Malaysia(USIM) telah mengadakan rapat umum bagi membantah kekejaman tetntera zoinis di Palestin.


Lebih 5,000 mahasiswa dan kakitangan USIM hadir pada rapat umum ini dengan berarak dari kampus berkenaan ke stadium sambil melaungkan pelbagai slogan anti Israel serta membawa sepanduk mengutuk kekejaman tentera zionis.













Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin bersama pegawai pengurusan tertinggi lain mengepalai perarakan dari bangunan Canselori ke Stadium.





































Pada 1hb Januari 2009 lalu, kesemua pelajar-pelajar Lawatan Antarabangsa telah menuju ke Gunung Datok untuk berehat, menghilangkan tekanan dan menenangkan jiwa daripada sibuk pelbagai kerja, penat belajar dan sebagainya. Gunung Datok yang terletak di Daerah Rembau merupakan salah satu destinasi pelancongan popular di Negeri Sembilan. Gunung ini juga telah menjadi tumpuan ramai pelancong dari dalam dan luar Negara yang semestinya menberi cabaran yang agak hebat kepada pendaki. Ketinggian Gunung Datok ialah kira-kira 2900 kaki/ 880 meter dari paras laut.

Ekspedisi mendaki Gunung ini diiringi oleh penasihat Lawatan Antarabangsa iaitu Cik Siti Nurulhuda Nordin dan seorang staf FEM iaitu abang Farok. Pelbagai peralatan turut dibawa seperti first aid, alatan memasak, bahan memasak, air, buah oren, coklat dan lain-lain lagi.














Aktiviti dimulakan dengan bertolak dari USIM pada pukul 8 pagi dan sampai di sana kira-kira pada jam 10.30pagi. Aktiviti pendakian pula bermula pada pukul 11.45 pagi dan mengambil masa dalam 4 jam untuk sampai ke puncak Gunung tersebut. Wajah-wajah keletihan terpancar dari semua pelajar akibat keadaan jalan pendakian yang agak curam dan licin. Jalan yang licin disebabkan hujan yang turut juga turun sebagai tanda mengalukan kedatangan kami mendaki gunung tersebut. Kebanyakan semua pelajar mendapat pengalaman pertama mendaki gunung dan bagi editor sendiri merupakan pengalaman pertama mendaki gunung. Pendakian ini juga turut disertai oleh Cik Huda, Abang Farok dan pemandu-pemandu bas USIM yang membawa kami ke sana. Pada masa yang sama,pelajar yang tidak mendaki akan menyediakan makanan kepada semua pelajar. Antara makanan yang disediakan ialah nasi, tomyam, ayam BBQ, sosej dan limau.
















Kami sampai di puncak kira-kira pukul 3.00 petang. Pemandangan yang begitu indah menarik perhatian kami di puncak tersebut. Boleh dikatakan seluruh daerah Rembau boleh dilihat dari puncak tersebut. Kami sempat solat zohor di puncak tersebut dan berdoa kepada Allah supaya batu-batu, pokok-pokok yang berada disitu menjadi saksi di akhirat kelak. Disini juga kami dapat mempelajari cara mengambil air wuduk dengan menggunakan air yang begitu terhad. Kami terpaksa memanjat menggunakan tangga besi untuk sampai ke puncak yang tertinggi. Setelah selesai solat dan bergambar kenang-kenangan di puncak gunung, ekspedisi turun dari gunung tersebut terpaksa dilakukan sebelum malam walaupun semua keletihan. Allamdulillah, kesemua sampai ke bawah sebelum jam 6.30 petang. Walaupun kepenatan, kepuasan sampai ke puncak merupakan suatu kenangan yang tidak dapat dilupakan. Semua pelajar terubat kepenatannya setelah dijamu dengan ayam BBQ, sosej, limau, tomyam dan nasi. Selesai solat maghrib, semua pelajar berkumpul dan berangkat pulang ke kolej kediaman masing-masing dengan hati yang penuh kegembiraan.










Pada 25hb-31 Disember 2008 lalu, Majis Perwakilan Pelajar(MPP) USIM dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar(HEP) telah menganjurkan Pesta Kovokesyen ke-6 USIM sempena Majlis Konvokesyen USIM yang ke-6 yang diadakan di PICC Putrajaya. C-FEST kali ini dirasmikan oleh Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Bin Haji Husin dan perasmian penutupnya oleh Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Tan Sri Dr. Mohamed Yusof bin Haji Mohd. Noor.
Terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti menarik telah diadakan di antaranya seperti gerai jualan, pertandingan futsal Intervarsity, pameran, pertandingan memasak, pertandingan basikal lambat, pertandingan gubahan, autoshow, dan lain lain lagi. Tetapi konsert nasyid oleh kumpulan Rabbani terpaksa di tangguhkan ekoran daripada kemangkatan Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan. Semoga roh Baginda diberkati Allah dan diletakkan bersama orang-orang solihin.Al-Fatihah….

Jawatankuasa Lawatan Antarabangsa FEM tidak ketinggalan turut serta pada C-FEST kali ini. Gerai jualan L.A telah diberi nama kepada “D’SYDNEY” sebagai tempat yang akan dilawati pada bulan 6 ini, Insyaallah.. Antara yang dijual di D’SYDNEY ialah seperti Ice blended, kek, nasi kerabu,donut dan lain-lain lagi. Alhamdulillah, D’SYDNEY telah mendapat sambutan daripada semua pihak seperti pelajar, kakitangan akademik, kakitangan pentadbiran dan terutama daripada pengurusan tertinggi USIM iaitu Tan Sri Dr. Mohamed Yusof bin Haji Mohd. Noor selaku Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Bin Haji Husin dan Prof. Dato’ Dr. Mohamed Asin Dollah sebagai Timbalan Naib Canselor( Hal Ehwal Pelajar& Alumni). Kesemua hasil daripada jualan tersebut dimasukan kedalam akaun L.A sebagai dana sampingan ke Australia nanti.

Bermula dari 26 November 2008 sehingga 5 Disember 2008, Team 1 dengan gayanya memulakan tugas untuk melakukan aktiviti untuk menjana pendapatan untuk menampung perbelanjaan ke Australia. Antara aktiviti yang dilakukan selain penajaan ialah:

a) Recycle
b) Jualan

Aktiviti recycle dilakukan dengan menggutip semua barang-barang yang boleh di kitar semula di sekitar FKP, FSU dan FST.

Manakala jualan di lakukan di Pusat Kemudahan Pelajar dengan menjual:
a) Nasi Kerabu
b) Nasi Lemak
c) Donut
d) Air

Alhamdulillah sambutan daripada student2 ALSP amat memberansangkan. Jualan juga di fokuskan kepada pelajar-pelajar Tamhidi yang baru memulakan pengajian semester baru.





















































































STRUKTUR ORGANISASI


Penaung :Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj.Husin
Naib Canselor
Universiti Sains Islam Malaysia

Penasihat :Y. Bhg. Prof. Dr. Muhamad Muda
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
Universiti Sains Islam Malaysia

Pengarah :Y.Bhg. Prof. Dr. Hajah Mustafa Mohd Hanefah
(Pengerusi) Dekan
Fakulti Ekonomi Dan Muamalat (FEM)


Timbalan Pengarah I :Cik Siti Nurulhuda Nordin
(Timbalan Pengerusi) Pensyarah FEM


Timbalan Pengarah II : En. Asharaf Mohd Ramli
Pensyarah FEM

Ketua Penolong Pengarah : Mohd Nor Adzim bin Shaari

Penolong Pengarah I : Raihanah binti Ismail

Penolong Pengarah II : Mohd Ridhuan bin Mohd Ashri

Setiausaha : Sharifah Nurul Hidayah binti Syed Ahmad Kamarul Arifin

Bendahari : Noor Khaliza Mohd Afandi





Jawatankuasa Kerja


Protokol & Pengisian :
1-Nor Izianti binti Arifin
2-Nursyazwani binti Hasim
3-Athira Ayuni binti Asmadi
4-Madehah binti Ahmad
5-Haziqah binti Mahamad Napi

Publisiti Dan Tugas Khas :
1-Muhammad Mukhlis bin Mohd Noor
2-Muhamad Fawwaz bin Nor Rashid
3-Nur ’Ashikin binti Mohamed Yunos
4-Syahirah binti Mohd Sapri

Tajaan & Kebajikan :
1-Muhammad Taufiq bin Hassan
2-Syarifah Nur Aiman Amirah binti Sayed Sahabudin
3-Nur Hafizah binti Kamaruzaman
4-Izyan Syaza Aisyah binti Mohamad Uzir
5-Siti Nur Amirah binti Johari

Makanan dan Penginapan :
1-Siti Nur Aisyah binti Abdul Rahman
2-Ummu Solehah binti Ismail
3-Nuradilah binti Mohd Noh

Pengangkutan dan Perhubungan :
1-Mohamad Fakhruddin bin Abdul Ghani
2-Perhubungan Siti Nor Hidayah binti Ngapan
3-Nurul Saada binti Aziz
4-Nur Diyana binti Mat Turidi
5-Nur Mashlihah binti Halimansyah


Jump to page: