Teruskan Perjuangan Kita!

7:58 AM by Faculty Of Economics And Muamalat,Universiti Sains Islam Malaysia in


Assalamualaikum kepada semua, khusunya kepada AJK LA 2009...


Saya rasa terpanggil pada kali ini untuk menulis dalam kolum blog kita ini. Saya berharap selepas ini semakin ramai yang mengikuti blog kita ini, khususnya kepada warga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).


Seperti yang semua tahu, kita sudah masuk ke pertengahan semester ke-4 atau semester kedua dalam tahun ke-2 pengajian kita di sini. Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada AJK LA 2009 sekalian kerana masih cekal dan tabah menghadapi dugaan hingga ke saat ini. Semua ini adalah kudrat anda dan tiada kudrat lain melainkan ia keluar daripada tubuh anda sendiri. Segala penat lelah, keletihan tubuh dan kepenatan mental untuk meneruskan perjuangan ini hanyalah Allah s.w.t sahaja yang tahu dan DIA lah selayaknya membalas segala jasa kita.


Mungkin ada di antara kita merasa beban ini semakin lama semakin berat, tetapi ketahuilah wahai teman ku, hasil usaha kita ini mungkin tidak di bayar dalam masa yang singkat tetapi pada masa yang kita sendiri pun tidak tahu tibanya. Penyakit putus asa dan merasa bebanan adalah satu lumrah biasa apabila hendak melaksanakan sesuatu program, bahkan sesetengah cendekiawan ISLAM menyatakan bahawa ini adalah sebagai pengorbanan kita di jalan-Nya. Sirah telah membuktikan kepada kita bahawa para sahabah r.anhum pernah merasakan penyakit putus asa ini apabila berada di zon Makkah Al-Mukarramah. Diseksa dan dicemuh malah diboikot oleh semua Arab Quraisy ketika itu. Namun, atas motivasi dan nasihat junjungan besar kita, Nabi Muhamad s.a.w telah membaik pulih jiwa mereka untuk meneruskan perjuangan hingga ke titisan darah yang terakhir. Hasilnya, anda dan juga saya telah merasai nikmat ISLAM dan IMAN hingga ke hari ini.


Sejarah barat juga telah membuktikan kepada kita bahawa Alexander Graham Bell, orang pertama menemui telefon, telah mencuba hampir 100 kali atau lebih untuk menghasilkan telefonnya. Tetapi kita lihat hasilnya, sehingga ke hari ini teknologi yang di bawa oleh beliau di guna pakai hingga ke hari ini, ke saat ini dengan pelbagai perubahan dan penstrukturan semula fungsi yang di bawa oleh beliau. Semua ini adalah kerana sikap beliau yang tidak mudah berputus asa dengan keputusan yang di capainya sebelum ini.


Ya, kita merasakan masa semakin suntuk, dan masa untuk berlepas hampir tiba serta masa untuk di bahagikan dengan pelajaran sudah tidak konsisten... Ya, saya juga mengalaminya. Tetapi adakah kita, juga saya, pernah mengambil sedikit masa untuk tunduk kepada-Nya, atau lebih tepat lagi mengadu dan berdoa kepada-Nya??? Kurang kan...? Kita lebih memperuntukkan masa untuk belajar hingga larut malam dan belajar di perpustakaan untuk memperolehi maklumat dan kita lupa untuk ambil masa sebentar merenung diri kita ini yang sangat kerdil ini... ???


Saya bukan ustaz bahkan bukan juga ulama', tetapi hanya seorang teman yang selalu memikirkan bagaimana rakan-rakannya yang lain... Hanya seorang teman yang mahu menasihati dan dinasihati... Hanya seorang teman yang mahu rakan-rakannya gembira dengan apa yang ada, bukan terasa beban dengan apa yang belum kita perolehi... Hanya seorang teman yang mahu rakan-rakannya merasa seronok apabila bersama melaksanakan aktivit dan bukan dengan wajah masam dan bermuram durja ketika bersama... Saya hanya mahu anda semu terus tersenyum dan meneruskan senyuman itu hingga ke akhirnya... Tiada yang lebih daripada itu...
Ingatlah wahai saudaraku sekalian, kenikmatan bukan boleh dicapai dalam sehari, bahkan bukan jua sesaat...tetapi ia memerlukan masa dan pengorbanan yang tinggi untuk mencapainya... Teruskan Perjuangan!!!



Wa'ALLAHuta'alam, baik daripada ALLAH dan lemah itu datang daripada saya...

-Mohd Nor Adzim B. Shaari-

Ketua Penolong Pengarah

Misi Lawatan Antarabangsa 2009


4 comments:

Anonymous said...

a good start by Azim...
I hope that programmes organize by u guys will benefit u in the future.
I faced the same thing durung my undergrads...
Basically, it is an added advantage for me compared to my friends in my resume although my resume did not stated 1st class result..
hope that u won't give up...
I will assist as much as I can...



Ierra said...

Assalamua'laikum...

Smoga adik2 sume berjaya mengadakan misi antarabangsa ini.
Jadikan pengalaman menguruskan misi ini amat berharga dan bermakna untuk diri kita pada masa kini dan in future. Percayalah, sekali anda berjaya melepasi cabaran, you will try to survive more and you will make yourselves proud from others.

Teruskan usaha kalian.

FEM'04-08.



Ierra said...
This comment has been removed by the author.


Ierra said...

Anda akan berasa puas dengan kejayaan yang anda perolehi apabila anda berusaha dan berkorban untuknya. Ia lebih bermakna daripada anda berjaya, tetapi tiada pengorbanan.