Lawatan Ke Singapura

1:42 PM by Faculty Of Economics And Muamalat,Universiti Sains Islam Malaysia in

Pada 5,6, dan 7 Mei 2009,kebebasan selepas peperiksaan akhir diambil oleh kami dengan menganjurkan lawatan ke Singapura. Sememangnya satu destinasi yang begitu menarik untuk dilawati. Namun, fokus yang terlalu tinggi kepada peperiksaan menyebabkan pihak AJK kurang mengadakan promosi dengan meluas. Ini menyebabkan lawatan ini hanya disertai oleh 15 orang yang terdiri daripada peserta dan AJK.

Perjalanan ke Singapura adalah dengan menaiki keretapi di Stesyen Keretapi Seremban pada malam 5 mei. Peserta menghabiskan masa semalaman di dalam keretapi untuk sampai ke Singapura. Semua peserta sampai di Tanjung Pagar, Singapura pada jam 8.10 Pagi.

Peserta sungguh terpegun melihat keadaan Singapura yang begitu unik,indah dan bersih.
Destinasi pertama mereka ialah Sentosa Island. Disitulah semua peserta menikmati jamuan pagi dan mandi untuk persiapan diri.

Selesai breakfast dan mandi, semua peserta bertolak ke destinasi seterusnya iaitu ke Imbiah. disini terdapat banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati. Butterfly Park & Insect Kingdom ialah satu daripada 7 tempat menarik di Imbiah. Disini terdapat kira-kira 1500 jenis rama-rama yang terdiri daripada melebihi 50 spesis. Disini juga terdapat kira-kira 3000 jenis serangga yang paling cantik dan sukar ditemui di merata dunia. Peluang ini digunakan oleh para peserta dengan mengambil gambar di situ.

Peserta seterusnya menikmati keindahan di Singapura dengan menaiki cable car.
Tanpa melengahkan masa, para peserta seterusnya ke destinasi yang dipanggil Sentosa Luge n Skyride. Disini para pengunjung boleh menaiki and menunggang sendiri sejenis kenderaan yang digelar "luge" dengan bayaran yang agak berpatutan. Daripada pengetahuan penulis, luge merupakan satu kenderaan unik yang pertama di Asia Tenggara yang menggabungkan pergerakan dari 'go Kart" dan "toboggan".


Selepas itu, destinasi seterusnya ialah Tiger Sky Tower. Tiger Sky Tower merupakan menara yang boleh melihat pemandangan Singapura yang tertinggi di Singapura. Para peserta dapat melihat pemandangan panoramik yang indah lagi menyegarkan. Peserta menghabiskan masa di semua tempat menarik ini sehingga jam 1.30 petang. Para peserta berkumpul untuk bertolak untuk menuju ke destinasi yang lebih menarik.

Destinasi sterusnya ialah Bugis Street dengan menaiki Mass Rapid Transit(MRT). Disinilah peluang diambil oleh para peserta untuk membeli belah untuk dibawa pulang ke Malaysia.
Para pserta juga tidak ketinggalan untuk mengunjungi Arab Street. Kira-kira 10 malam, para peserta bertolak meniki keretapi untuk balik ke Malaysia

Nur Hafizah, 2o yang merupakan salah seorang peserta lawatan itu berkata "kesuntukan masa menyebabkan kami tak sempat melawat banyak tempat dan membeli belah!". Beliau berharap agar suatu hari nanti dapat pergi sekali untuk menikmati kepuasan melancong ke Singapura.








2 comments:

Anonymous said...

waa.. best gile..



Anonymous said...

lawanya yg pakai baju ijau + tudung itam....suka bangat kamu!