Peserta L.A bercucuk Tanam

8:42 AM by Faculty Of Economics And Muamalat,Universiti Sains Islam Malaysia in


Pertanian merupakan salah satu cabang ekonomi utama Negara. Melalui pertanian ini, biro protokol telah mengadakan suatu progam bagi mengutip dana dengan mengambil upah mengisi tanak ke dalam polybag. Program ini juga dijalankan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai kaedah pertanian yang dijalankan di Pusat Pembangunan komoditi Sendayan.

Peserta perlu menyiapkan 20000 unit polybag dalam tempoh yang diberikan. Mohd Ridhuan Shaari, 21 yang merupakan peserta program itu berkata ”walaupun mengisi tanah ini amat memenatkan, tetapi saya dapat menimba pengalaman mengenai teknik-teknik dalam pertanian”.

Cuaca panas yang terik, kadang kalanya hujan terpaksa ditempuhi oleh semua peserta bagi menyiapkan 20000 unit polybag tersebut. Penasihat Lawatan Antarabangsa iaitu Cik Nurulhuda dan Encik Asharaf juga turut meluangkan masa bersama para peserta.

Pengarah program, Athira Ayuni Asmadi. 21 berharap agar para peserta dapat belajar mengenai selok belok daripada program tersebut. Hanya kira-kira 2000 polybag sahaja yang dapat di siapkan dalam tempoh sehari. Ini kerana para peserta tidak biasa dengan kerja tersebut serta terpaksa menempuh panas terik dan hujan lebat.

Terima kasih diucapkan kepada pihak pengursan Pusat Pembangunan Komoditi Sendayan kerana banyak memberi kerjasama dalam menjayakan program ini.



0 comments: