MENUJU PUNCAK GEMILANG CAHAYA GUNUNG DATOK

6:05 AM by Faculty Of Economics And Muamalat,Universiti Sains Islam Malaysia in
Pada 1hb Januari 2009 lalu, kesemua pelajar-pelajar Lawatan Antarabangsa telah menuju ke Gunung Datok untuk berehat, menghilangkan tekanan dan menenangkan jiwa daripada sibuk pelbagai kerja, penat belajar dan sebagainya. Gunung Datok yang terletak di Daerah Rembau merupakan salah satu destinasi pelancongan popular di Negeri Sembilan. Gunung ini juga telah menjadi tumpuan ramai pelancong dari dalam dan luar Negara yang semestinya menberi cabaran yang agak hebat kepada pendaki. Ketinggian Gunung Datok ialah kira-kira 2900 kaki/ 880 meter dari paras laut.

Ekspedisi mendaki Gunung ini diiringi oleh penasihat Lawatan Antarabangsa iaitu Cik Siti Nurulhuda Nordin dan seorang staf FEM iaitu abang Farok. Pelbagai peralatan turut dibawa seperti first aid, alatan memasak, bahan memasak, air, buah oren, coklat dan lain-lain lagi.













Aktiviti dimulakan dengan bertolak dari USIM pada pukul 8 pagi dan sampai di sana kira-kira pada jam 10.30pagi. Aktiviti pendakian pula bermula pada pukul 11.45 pagi dan mengambil masa dalam 4 jam untuk sampai ke puncak Gunung tersebut. Wajah-wajah keletihan terpancar dari semua pelajar akibat keadaan jalan pendakian yang agak curam dan licin. Jalan yang licin disebabkan hujan yang turut juga turun sebagai tanda mengalukan kedatangan kami mendaki gunung tersebut. Kebanyakan semua pelajar mendapat pengalaman pertama mendaki gunung dan bagi editor sendiri merupakan pengalaman pertama mendaki gunung. Pendakian ini juga turut disertai oleh Cik Huda, Abang Farok dan pemandu-pemandu bas USIM yang membawa kami ke sana. Pada masa yang sama,pelajar yang tidak mendaki akan menyediakan makanan kepada semua pelajar. Antara makanan yang disediakan ialah nasi, tomyam, ayam BBQ, sosej dan limau.
















Kami sampai di puncak kira-kira pukul 3.00 petang. Pemandangan yang begitu indah menarik perhatian kami di puncak tersebut. Boleh dikatakan seluruh daerah Rembau boleh dilihat dari puncak tersebut. Kami sempat solat zohor di puncak tersebut dan berdoa kepada Allah supaya batu-batu, pokok-pokok yang berada disitu menjadi saksi di akhirat kelak. Disini juga kami dapat mempelajari cara mengambil air wuduk dengan menggunakan air yang begitu terhad. Kami terpaksa memanjat menggunakan tangga besi untuk sampai ke puncak yang tertinggi. Setelah selesai solat dan bergambar kenang-kenangan di puncak gunung, ekspedisi turun dari gunung tersebut terpaksa dilakukan sebelum malam walaupun semua keletihan. Allamdulillah, kesemua sampai ke bawah sebelum jam 6.30 petang. Walaupun kepenatan, kepuasan sampai ke puncak merupakan suatu kenangan yang tidak dapat dilupakan. Semua pelajar terubat kepenatannya setelah dijamu dengan ayam BBQ, sosej, limau, tomyam dan nasi. Selesai solat maghrib, semua pelajar berkumpul dan berangkat pulang ke kolej kediaman masing-masing dengan hati yang penuh kegembiraan.












1 comments:

Anonymous said...

Tahniah di ucapkan kepada editor kerana berjaya mendaki gunung datok dengan jayanya. Apa yang pasti, kebesaran Allah perlu di ingat oleh kita semua agar kita tidak lupa dan alpa atas taklifan yg di letak atas bahu kita. Saya sekali mengucapkan tahniah kepada semua ajk LA kerana berjaya menjayakan program tersebut.

I'm proud with u ALL!