Pada pilihanraya kali ini, melihatkan 2 orang calon Fakulti Ekonomi Dan Muamalat terdiri daripada ahli jawatankuasa lawatan antarabangsa 2009 iaitu:-

1) SYARIFAH NUR AIMAN AMIRAH BINTI SAYED SAHABUDIN
2)NUR MASHLIHAH BINTI HALIMANSYAH
Ucapan tahniah di ucapkan kepada Syarifah Nur Aiman kerana memenangi salah satu kerusi FEM pada kali ini...
Keputusan Penuh Pemilihan MPP bagai Fakulti Ekonomi & Muamalat:
1) MUHAMAD SAFUAN BIN RAHMAD- 656 undi
2) SYARIFAH NUR AIMAN AMIRAH BINTI SAYED SAHABUDIN-485 UNDI
Statistik bagi Fakulti Ekonomi Dan Muamalat:
Jumlah pelajar: 739 orang
Jumlah hadir: 713 orang
Jumlah tidak hadir: 26 orang
Peratus Kehadiran: 96.48 %







Pada 13hb Januari lalu, Universiti Sains Islam Malaysia(USIM) telah mengadakan rapat umum bagi membantah kekejaman tetntera zoinis di Palestin.


Lebih 5,000 mahasiswa dan kakitangan USIM hadir pada rapat umum ini dengan berarak dari kampus berkenaan ke stadium sambil melaungkan pelbagai slogan anti Israel serta membawa sepanduk mengutuk kekejaman tentera zionis.













Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin bersama pegawai pengurusan tertinggi lain mengepalai perarakan dari bangunan Canselori ke Stadium.





































Pada 1hb Januari 2009 lalu, kesemua pelajar-pelajar Lawatan Antarabangsa telah menuju ke Gunung Datok untuk berehat, menghilangkan tekanan dan menenangkan jiwa daripada sibuk pelbagai kerja, penat belajar dan sebagainya. Gunung Datok yang terletak di Daerah Rembau merupakan salah satu destinasi pelancongan popular di Negeri Sembilan. Gunung ini juga telah menjadi tumpuan ramai pelancong dari dalam dan luar Negara yang semestinya menberi cabaran yang agak hebat kepada pendaki. Ketinggian Gunung Datok ialah kira-kira 2900 kaki/ 880 meter dari paras laut.

Ekspedisi mendaki Gunung ini diiringi oleh penasihat Lawatan Antarabangsa iaitu Cik Siti Nurulhuda Nordin dan seorang staf FEM iaitu abang Farok. Pelbagai peralatan turut dibawa seperti first aid, alatan memasak, bahan memasak, air, buah oren, coklat dan lain-lain lagi.














Aktiviti dimulakan dengan bertolak dari USIM pada pukul 8 pagi dan sampai di sana kira-kira pada jam 10.30pagi. Aktiviti pendakian pula bermula pada pukul 11.45 pagi dan mengambil masa dalam 4 jam untuk sampai ke puncak Gunung tersebut. Wajah-wajah keletihan terpancar dari semua pelajar akibat keadaan jalan pendakian yang agak curam dan licin. Jalan yang licin disebabkan hujan yang turut juga turun sebagai tanda mengalukan kedatangan kami mendaki gunung tersebut. Kebanyakan semua pelajar mendapat pengalaman pertama mendaki gunung dan bagi editor sendiri merupakan pengalaman pertama mendaki gunung. Pendakian ini juga turut disertai oleh Cik Huda, Abang Farok dan pemandu-pemandu bas USIM yang membawa kami ke sana. Pada masa yang sama,pelajar yang tidak mendaki akan menyediakan makanan kepada semua pelajar. Antara makanan yang disediakan ialah nasi, tomyam, ayam BBQ, sosej dan limau.
















Kami sampai di puncak kira-kira pukul 3.00 petang. Pemandangan yang begitu indah menarik perhatian kami di puncak tersebut. Boleh dikatakan seluruh daerah Rembau boleh dilihat dari puncak tersebut. Kami sempat solat zohor di puncak tersebut dan berdoa kepada Allah supaya batu-batu, pokok-pokok yang berada disitu menjadi saksi di akhirat kelak. Disini juga kami dapat mempelajari cara mengambil air wuduk dengan menggunakan air yang begitu terhad. Kami terpaksa memanjat menggunakan tangga besi untuk sampai ke puncak yang tertinggi. Setelah selesai solat dan bergambar kenang-kenangan di puncak gunung, ekspedisi turun dari gunung tersebut terpaksa dilakukan sebelum malam walaupun semua keletihan. Allamdulillah, kesemua sampai ke bawah sebelum jam 6.30 petang. Walaupun kepenatan, kepuasan sampai ke puncak merupakan suatu kenangan yang tidak dapat dilupakan. Semua pelajar terubat kepenatannya setelah dijamu dengan ayam BBQ, sosej, limau, tomyam dan nasi. Selesai solat maghrib, semua pelajar berkumpul dan berangkat pulang ke kolej kediaman masing-masing dengan hati yang penuh kegembiraan.










Pada 25hb-31 Disember 2008 lalu, Majis Perwakilan Pelajar(MPP) USIM dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar(HEP) telah menganjurkan Pesta Kovokesyen ke-6 USIM sempena Majlis Konvokesyen USIM yang ke-6 yang diadakan di PICC Putrajaya. C-FEST kali ini dirasmikan oleh Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Bin Haji Husin dan perasmian penutupnya oleh Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Tan Sri Dr. Mohamed Yusof bin Haji Mohd. Noor.
Terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti menarik telah diadakan di antaranya seperti gerai jualan, pertandingan futsal Intervarsity, pameran, pertandingan memasak, pertandingan basikal lambat, pertandingan gubahan, autoshow, dan lain lain lagi. Tetapi konsert nasyid oleh kumpulan Rabbani terpaksa di tangguhkan ekoran daripada kemangkatan Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan. Semoga roh Baginda diberkati Allah dan diletakkan bersama orang-orang solihin.Al-Fatihah….

Jawatankuasa Lawatan Antarabangsa FEM tidak ketinggalan turut serta pada C-FEST kali ini. Gerai jualan L.A telah diberi nama kepada “D’SYDNEY” sebagai tempat yang akan dilawati pada bulan 6 ini, Insyaallah.. Antara yang dijual di D’SYDNEY ialah seperti Ice blended, kek, nasi kerabu,donut dan lain-lain lagi. Alhamdulillah, D’SYDNEY telah mendapat sambutan daripada semua pihak seperti pelajar, kakitangan akademik, kakitangan pentadbiran dan terutama daripada pengurusan tertinggi USIM iaitu Tan Sri Dr. Mohamed Yusof bin Haji Mohd. Noor selaku Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Bin Haji Husin dan Prof. Dato’ Dr. Mohamed Asin Dollah sebagai Timbalan Naib Canselor( Hal Ehwal Pelajar& Alumni). Kesemua hasil daripada jualan tersebut dimasukan kedalam akaun L.A sebagai dana sampingan ke Australia nanti.